#RAMADHANALMUBARAK



Perkataan Ramadan bermaksud panas terik atau kekeringan. Ramadan dalam Bahasa Arab: رمضان  juga disebut sebagai  Ramazan, Ramzan, Ramadhan, atau Ramathan) adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan menjadi kewajipan oleh penduduk Islam di seluruh dunia sebagai bulan puasa untuk memperingati wahyu pertama Al-Quran yang diturunkan kepada  nabi Muhammad menurut kepercayaan Islam.  ibadat ini merupakan sebagai salah satu daripada Rukun Islam. Bulan Ramadhan ini berlangsung 29- 30 hari berdasarkan pemerhatian visual bulan sabit.


Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian) 
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan) 
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

BACAAN DOA BERBUKA PUASA
 اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين 
Bahasa rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin 
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani

SELAMAT BERPUASA ... 
Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Comments