KEM FOREST RANGER DI KUALA GULA



Hari ni saya nak berkongsi mengenai Kem Forest Ranger yang telah dilaksanakan pada 3 Sept - 5 Sept 2015 bertempat di Kuala Gula Sanctuary Resort.Program ini telah melibatkan 4 buah sekolah iaitu Kolej Vokasional Kuala Selangor ,SMK Rantau Panjang, SMK Sultan Sulaiman Shah & SMK Raja Muda Musa dan juga ahli HSBC .Pada hari pertama Kami telah dibawa melawat ke Kilang Arang & Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang.Selepas itu , kami tiba di Kuala Gula Sanctuary Resort.Kami dibahagikan kepada 4 buah kumpulan.




bersama dengan facilitator (abg Midin)
Welcome to Charcoal Factory at Kuala Sepetang
Proses Kayu Bakau untuk jadikan Arang
 
 

kami wakil dari KVKS

 
Hutan Paya Laut Matang


Kami wakil dari SMK Rantau Panjang



Pada hari kedua, kami memulakan hari dengan senaman.Kemudian, kami diberi sarapan yang amat lazat.Kami melawat ke Pusat Konservasi Hidupan Liar & Burung Laut .Selepas itu , kami dibawa ke kampong untuk melihat cara ketam lembut (Soft Shell Crab) dihasilkan , kerang dikopek ,ikan masin dihasilkan dan lain - lain. Kemudian ,kami menaiki bas untuk ke Penang Inshore Fisherman Welfare Association (PIFWA) di Sg. Acheh, Pulau Pinang. Di PIFWA kami dikenalkan dengan pelbagai pokok bakau .  Daun jeluju boleh dibuat teh manakala buah pokok berembang boleh menghasilkan jem.Pada sebelah malam kami diajar cara membuat kraftangan dengan menggunakan kulit siput dan cara membuat pin menggunakan kain perca.Kami juga diberi taklimat bagaimana cara untuk menanam pokok untuk keesokan hari.


Morning

PIFWA


Kuala Gula Sanctuary Resort ...The best !!

Pusat Konservasi Hidupan Liar & Burung Laut
HELANG (TEAM NO.2)
API - API JAMBU ..GO..GO (TEAM NO 4)
PAYA RANGERS (TEAM NO 1)
APICULATA RANGER (TEAM NO 3)

Saya pegang ketam tau bukan katak ..


Kak Puji sdg menerangkan cara menangkap ketam

Lajunya acik ni kopek kerang

makan tengah hari di PIFWA

Penghasilan kraftangan

taklimat


Dah siap !!

buat ..buat ..jgn tak buat



Dah siap!!
 
Pada hari terakhir, kami menaiki bot untuk menanam pokok . Kami melakukan uji kaji air dan menanam anak benih bakau (propagol). Sebelum pulang ke rumah , kami menonton Video yang dihasilkan oleh kumpulan masing - masing . Ade hadiah tau !! Kami telah menerima Sijil Penyertaan .Selepas itu, Pemberian hadiah kepada pemenang Penghasilan Montaj Terbaik iaitu kumpulan Apiculata Rangers. Naib johan dimenangi oleh kumpulan helang manakala tempat ke - 3 digondol oleh Paya Rangers dan yang terakhir dimenangi oleh kumpulan Api -Api Jambu. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan sepanjang mengikuti kem ini . saya rasa seronok , gembira dan teruja. saya berharap tahun hadapan akan diadakan aktiviti sebegini.
 



Comments