Assalamualaikum ...
Hari ini saya nak kongsikan cara pelajar belajar menggunakan Internet
1. Kamus atas talian percuma
Kamus atas talian memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar. Antara kelebihannya, ia ditawarkan secara percuma. Selain itu, ia turut memberikan panduan tatacara sebutan dengan betul.
Pelajar hanya perlu mendengar cara sebutan perkataan berkenaan dan meniru sebutan itu. Ada dua jenis sebutan yang biasa digunakan iaitu sebutan cara British dan sebutan cara Amerika. Ada juga kamus secara atas talian yang menggunakan visual bagi membantu dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu persoalan atau permasalahan.
Bagi pelajar dalam bidang sains dan perubatan, mereka boleh melayari laman web Merriam-webster online dictionary memandangkan di dalamnya terkandung definisi bagi terminologi bidang sains dan perubatan
2. Google Images
Digunakan memaparkan imej yang memberi gambaran sesuatu perkataan. Contohnya, perkataan gallbladder stones. Pelajar hanya perlu menaip perkataan berkenaan menggunakan Google Images dan imej berkaitan batu hempedu boleh dilihat melalui paparan imej di skrin komputer.
3. Google Translate
Ia membantu pelajar mendapat gambaran kepada makna bahan bacaan berkenaan. Namun begitu, terjemahan yang diberikan tidak memberi makna tepat. Contohnya, perkataan bahasa Inggeris Run! There's a fire memberikan terjemahan 'Jalankan. Kebakaran berlaku.' Namun begitu, terjemahan sebenar ialah 'Lari! Terdapat kebakaran.'
4. SlideShare & YouTube
merupakan laman web yang banyak menggunakan Powerpoint. Ia menggunakan tulisan yang besar dan adakalanya diiringi audio yang memberi penerangan mengenai topik berkenaan. Laman web YouTube pula memaparkan video yang mengandungi rakaman sesuatu pengajaran, penjelasan, proses atau sebuah lakonan.
5. Blendspace
pelajar juga boleh membuka akaun dan melayari laman web Blendspace. Laman web Blendspace menyediakan ruang kepada tenaga pengajar untuk memuat naik bahan pengajaran mereka dan latihan berkaitan dengan topik pengajaran.
6. Aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook.
Satu lagi strategi pembacaan adalah dengan melakukan perbincangan bersama rakan-rakan. Perbincangan boleh dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian seperti aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook.
Sumber

Comments
Post a Comment